zaman muda

zaman muda

Wednesday 31 July 2013

Aku mencintaimu Seadanya...

Assalam...

Tanpamu ku sepi..hadirmu ku happy..tawamu ku kenangi..dan lawakmu ku ingati..bertapa dirimu dihargai..kerana  engkau insan yang aku sayangi dan aku rindui saat ini..diriku tak mengharapkan kau membalas cintaku..cukupla aku dapat melihatmu dari jauh..walaupun hatiku selalu meronta-ronta untuk memberitahu padamu tentang isi hati ku ini..namun ku terpaksa bersabar dan menahan nya di dalam hati..

Memang terlalu sakit kerana terlalu lama memendam perasaan ini..Tapi apa daya diri ku tak mampu meluahkannya kepadamu..Setiap hari setiap saat setiap jam..siang dan malam,aku fikirkan dirimu..Andai kau tahu perasaanku terhadapmu,adakah kau akan membalas cintaku?Atau aku yang kecewa sebab kau tolak cintaku.


Fahamilah hatiku ini yang ingin memilikki mu,ingin kau tahu bertapa cinta rindunya aku terhadapmu.Tapi aku sedar siapa diri aku..Aku tak layak untukmu..Aku bukan perempuan yang baik untuk d'jadikan teman hidupmu..Sebab itu aku hanya mampu memendamnya di dalam hatiku...Aku sedih,aku sepi sendirian begini..Memang jodoh di tangan Allah swt tapi aku perlu berusaha mencarinya..Dan kau adalah lelaki yang telah mencuri hatiku dan telah membuatkan aku jatuh cinta padamu.

Walaupun dirimu tak kacak,umur dah 30-an dah ada uban,badan kurus seperti orang yang tak ada zat makanan dan rendah kecik,namun hatiku tetap mencintaimu.Kau cinta pandang pertamaku..sedikitpun aku tak pandang pada harta kekayaanmu.kalau kamu merasakan aku jatuh cinta padamu kerana kekayaanmu,kamu silap sangat2 sebab aku bukan jenis camtu kerana pertama kali aku melihatmu,aku sudah jatuh hati padamu..


Jika diriku di beri peluang,aku ingin mengenali mu dengan lebih dekat..tidak kisahla sape dirimu sebelum ni..Kerana aku menerima mu dengan seadanya..jujur dan ikhlas..Boleh kah kau memberi aku peluang?

Wassalam

Tuesday 30 July 2013

Kenangan di UPM

Assalam....
Rindunya aku kat UPM serdang...Aku pernah sambung bacelor sains komputer rangkaian pada bulan 7.2010..tapi pada 3.12.2012 tahun ketiga semester lima,aku mengambil keputusan untuk berhenti..Banyak masalah aku sepajang aku berada di UPM..masalah belajar,masalah dengan lacturer,masalah kawan2,kewangan dan macam2 lagi.Memang tention sangat2 rasa..

Ni masa sambut bzday kwn baikku..
Bila fikir balik,mmg syg sgt2 sebab b'henti belajar sedangkan result aku masih lagi lulus belum failed dan gagal berhenti..Tapi apakan daya aku tak kuat time tu..Banyak sangat kenangan manis dan pahit sepanjang berada di UPM..Paling aku rindu adalah Kolej Canselor(KC)..Rasa bangga sangat jadi warga KC ni..Paling best bila ada aktiviti kolej..heheheheh..
  
 ni masa aktiviti KC..kelakar je tgok...
Apabila tibanya waktu cuti...memang jalan2la jawabnya dengan kawan2..Pergi mines karaoke,shopping,tengok wayang.Tapi paling aku suka karaoke la...May,search,awie,slam dan lagu2 jiwang2 zaman 90-an mmg aku lyn habis r..Yang penting lagu lelaki je..Lagu perempuan,aku memang takleh nyanyi,rasa sumbang sangat2..huhuhu...Selain tu kami pergi shopping kat SOGO,Mild valey,kat Jalan Tar dan KLCC..Tapi aku bukan shopping sangatpun.Sebab aku lagi suka jalan2 je,tengok2 pemandangan..heheheh...




steamboat shah alam,kat bukit ampang,boling dan karoake katmines...hehehehe

kelakar tengok gambar2 ni..huhuhu
Bila tiba study week..mula la keluar dengan kawan2 pergi steamboat,I-city...huhuhu...Mmmg kitaorang suka jalan.Bila ingat semua ni,mmg rasa rindu sangat2lah..Kalau ada aktiviti luar seperti aktiviti UPM dan kolej,mmg kitaorang joinla...macam jadi urusetia anak2 Pagoh,Karnival Kompang kat..berjalan dengan selamat di dataran merdeka,KARISMA dan lain2 lagi...







 














ni masa g kat RTM,kat dataran merdeka..huhuhu


 Mmg aku rindu sangat2 kawan aku dan UPM..Love u all..heheheh 
 
Wassalam