Assalam....
Aku
mempunyai seorang teman lelaki...Aku sayang dia sangat2..Tapi aku tak
tahu kenapa aku selalu dipersalahkan..Hampir setahun aku mengenali dia
dan dialah orang pertama melamarku jadi isterinya..Tapi sayang kerana
dia selalu salah paham denganku,dia tak jadi kahwin denganku..Aku kecewa
sangat2..
Lepas
itu,aku terus mengganggu hidupnya,aku terus mengejarnya..Aku
mengharapkan cinta darinya.Bermacam2 harapan dia bagi padaku sampai aku
tak sanggup kehilangannya dan aku jadi makin sayang padanya..Tapi aku
selalu kecewa dengannya sebab dia selalu bagi harapan palsu kat aku.Last
dia kahwin dengan perempuan lain yang mungkin lebih baik dari ku.Dan
aku kecewa dan terus mengejar nya lagi..Kadang2 aku terfikir sampai bila
aku harus mengejarnya dan menagih cinta darinya.Sedangkan dia selalu
kasar denganku,selalu menyumpah aku dengan kata2 kesat supaya aku jangan
ganggu rumahtangganya..Tapi dia tetap layan aku dengan baik.
Dia
juga tak pernah tinggalkan aku sendirian walaupun dia sering kasar
denganku.Sehinggalah satu hari,aku jadi tak tahan dengan sikapnya yang
aku tak pernah menghargaiku,tak pernah paham hatiku...Selalu halau2 aku
jangan ganggu dia dan minta aku cari yang lain..Last aku jatuh cinta
dengan seseorang yg jauh lebih tua dariku..Dia adalah bos ku sendiri..
Aku
sendiri tak tahu kenapa aku jatuh cinta dengan orang tu sedangkan aku
masih sayangkan dia..Mungkin aku dah tak tahan dengan sikapnya yang ego
dan panas baran tu mmbuatkan aku suka kat lelaki lain.Lelaki tu tak
handsome pun,biasa2 je..cinta pandang pertama katakan..
Dalam
masa yang sama,aku cerita kat dia pasal lelaki tu..Bila kena marah,aku
menyepikan diri sbb dia yang nak gitu..Last dia cari juga aku..Dia
luahkan semuanya padaku..Ternyata dia juga sayang aku sedangkan selama
ni dia taknak ngaku pun..Dia sentiasa nak menangkan dirinya..Pahtu dia
tak sanggup tengok aku dengan orang lain..Kali kedua dia melamarku lagi
dan aku terima..
Tapi
semua tu belum lagi berakhir..Dia tetap dengan sikapnya itu yang
sentiasa panas barang,selalu nak cari salah aku..Aku makin letih
begini..Kenapa asyik aku je kena marah,d'persalahkan?Akhirnya kami putus
dan aku dah takde sape2 dah..Aku memang sayang dia dan aku tak sanggup
kehilangan dia,tapi kalau itu keputusannya..apa yang aku perlu buat
lagi..Aku penat camnie selalu je gaduh,nak menang diri dia je..Selalu
tak caya kan aku ni..Tapi aku akan tetap setia dan akan terus
menunggunya jika umur masih panjang...
Aku hanya mencintaimu sepenuh hatiku...jika aku rindu kamu,aku akan mendengar lagu yang kamu beri itu...Sayang kamu sangat2..:-)
Wassalam...
Salam kak ..yus rndu gle ngn akk da lma kite terpts hbgn kn..btw blh add x fb bru yus... yusraidah amani
ReplyDelete