zaman muda

zaman muda

Sunday, 12 October 2014

Produk Coway

Assalam..sy ina dari coway..Coway adalah syarikat teknologi air nombor 1 dalam malaysia yg menghasilkn air RO shalus 0.0001 micron melalui 6 tapisan.

kelebihan coway


1)pmbyaran serendah RM70-RM140 sebulan melalui 3cara iaitu secara tunai/sewa beli/ansuran kad kredit
2)ada 3 suhu:panas,sejuk dan suam
3)pemasangan free
4)khidmat servis free 2bulan skali selama 5tahun
5)pemeriksaan produk dan khidmat pnukaran penapis free
6)penukaran hak milik setelah 5tahun
7)spare part free
8)ada sijil HALAL dan cop SIRIM
9)kualiti air dijamin selamat diminum,tak perlu dimasak..terus dr paip air

rugi jika anda tidak menggunakan produk dr coway...sekarang coway semakin popular di terengganu.


Ini adalah produk dari coway




 KL coway
Kuala Terengganu coway

jika berminat bolehla pm sy kurina146@gmail.com atau watsapp 0199706296

Tuesday, 16 September 2014

Coway

knp anda perlu memilih pnapis air Coway?
 1)design yg moden n bkualiti tinggi 
2)ada sijil halal n sirim 
3)ada 3suhu:pns sjuk suam 
4)tapisan RO shlus 0.0001 micron mlalui 6filter 
5)tak perlu servis sendiri 
6)pymbungan trus dr pili air 
7)servis n pnukaran filter percuma 2bulan skali slma 5thun.
 tgu apa lg..pm sy skrg

PETIT
 

MACH
 METRO
SALLY


VALUE
 VILLAEM

Saturday, 31 August 2013

Aku Kecewa..

Assalam....

Aku mempunyai seorang teman lelaki...Aku sayang dia sangat2..Tapi aku tak tahu kenapa aku selalu dipersalahkan..Hampir setahun aku mengenali dia dan dialah orang pertama melamarku jadi isterinya..Tapi sayang kerana dia selalu salah paham denganku,dia tak jadi kahwin denganku..Aku kecewa sangat2..

Lepas itu,aku terus mengganggu hidupnya,aku terus mengejarnya..Aku mengharapkan cinta darinya.Bermacam2 harapan dia bagi padaku sampai aku tak sanggup kehilangannya dan aku jadi makin sayang padanya..Tapi aku selalu kecewa dengannya sebab dia selalu bagi harapan palsu kat aku.Last dia kahwin dengan perempuan lain yang mungkin lebih baik dari ku.Dan aku kecewa dan terus mengejar nya lagi..Kadang2 aku terfikir sampai bila aku harus mengejarnya dan menagih cinta darinya.Sedangkan dia selalu kasar denganku,selalu menyumpah aku dengan kata2 kesat supaya aku jangan ganggu rumahtangganya..Tapi dia tetap layan aku dengan baik.

Dia juga tak pernah tinggalkan aku sendirian walaupun dia sering kasar denganku.Sehinggalah satu hari,aku jadi tak tahan dengan sikapnya yang aku tak pernah menghargaiku,tak pernah paham hatiku...Selalu halau2 aku jangan ganggu dia dan minta aku cari yang lain..Last aku jatuh cinta dengan seseorang yg jauh lebih tua dariku..Dia adalah bos ku sendiri..

Aku sendiri tak tahu kenapa aku jatuh cinta dengan orang tu sedangkan aku masih sayangkan dia..Mungkin aku dah tak tahan dengan sikapnya yang ego dan panas baran tu mmbuatkan aku suka kat lelaki lain.Lelaki tu tak handsome pun,biasa2 je..cinta pandang pertama katakan..

Dalam masa yang sama,aku cerita kat dia pasal lelaki tu..Bila kena marah,aku menyepikan diri sbb dia yang nak gitu..Last dia cari juga aku..Dia luahkan semuanya padaku..Ternyata dia juga sayang aku sedangkan selama ni dia taknak ngaku pun..Dia sentiasa nak menangkan dirinya..Pahtu dia tak sanggup tengok aku dengan orang lain..Kali kedua dia melamarku lagi dan aku terima..

Tapi semua tu belum lagi berakhir..Dia tetap dengan sikapnya itu yang sentiasa panas barang,selalu nak cari salah aku..Aku makin letih begini..Kenapa asyik aku je kena marah,d'persalahkan?Akhirnya kami putus dan aku dah takde sape2 dah..Aku memang sayang dia dan aku tak sanggup kehilangan dia,tapi kalau itu keputusannya..apa yang aku perlu buat lagi..Aku penat camnie selalu je gaduh,nak menang diri dia je..Selalu tak caya kan aku ni..Tapi aku akan tetap setia dan akan terus menunggunya jika umur masih panjang...

Aku hanya mencintaimu sepenuh hatiku...jika aku rindu kamu,aku akan mendengar lagu yang kamu beri itu...Sayang kamu sangat2..:-)



Wassalam...

Thursday, 1 August 2013

Luahan Hatiku...



 Assalam....

Ku jalani hidup ini tanpa lelah tanpa berhenti ..ku jalani cinta ini tanpa tulus dari hati ..Dan ku berjalan dan terus melangkah ..terhempas ku mencari cinta..oh tuhan berikanlah hambamu petunjukmu..kemana aku mencari..kemana aku bertanya..pada siapa ku mengadu.. pada siapa ku menangis ..kini sendiri ku sendiri ..tanpa teman tanpa kekasih..sendiri ku sendiri…tanpa ada yang menemani..sunyi oh sepi..sepi oh sepi…
  


Hari demi hari telah ku lewati Tak pernah aku bersamamu lagi Tak pernah aku menduga Kau akan pergi tinggalkan aku Jauh kau pergi tinggalkan diriku Sepi hati ini membunuhku Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu Rindu aku, sangat rindu kamu Terasa sejak kau masih ada di dekatku Tak mudah aku melupakan dirimu Di saat aku terbangun dari tidurku Rindu aku, sangat rindu kamu Terasa sejak kau masih ada di dekatku Tak mudah aku melupakan dirimu Di saat aku sendiri





Jangan terlalu mendalami tentang cinta Bila tak bisa menerima kegagalan Cinta bisa bahagia dan bisa terluka Disakiti menyakiti hati Jangan pernah setia Bila harus berujung menyakitkan Sia-sia setia
Bila harus selalu terluka
Mungkin karena setia Cinta takkan pernah akan bahagia Tapi karena mendua
Cinta kan berakhir bahagia
Karena cinta yang bisa membuat bahagia Karena cinta yang bisa membuat terluka







Wassalam...

Wednesday, 31 July 2013

Aku mencintaimu Seadanya...

Assalam...

Tanpamu ku sepi..hadirmu ku happy..tawamu ku kenangi..dan lawakmu ku ingati..bertapa dirimu dihargai..kerana  engkau insan yang aku sayangi dan aku rindui saat ini..diriku tak mengharapkan kau membalas cintaku..cukupla aku dapat melihatmu dari jauh..walaupun hatiku selalu meronta-ronta untuk memberitahu padamu tentang isi hati ku ini..namun ku terpaksa bersabar dan menahan nya di dalam hati..

Memang terlalu sakit kerana terlalu lama memendam perasaan ini..Tapi apa daya diri ku tak mampu meluahkannya kepadamu..Setiap hari setiap saat setiap jam..siang dan malam,aku fikirkan dirimu..Andai kau tahu perasaanku terhadapmu,adakah kau akan membalas cintaku?Atau aku yang kecewa sebab kau tolak cintaku.


Fahamilah hatiku ini yang ingin memilikki mu,ingin kau tahu bertapa cinta rindunya aku terhadapmu.Tapi aku sedar siapa diri aku..Aku tak layak untukmu..Aku bukan perempuan yang baik untuk d'jadikan teman hidupmu..Sebab itu aku hanya mampu memendamnya di dalam hatiku...Aku sedih,aku sepi sendirian begini..Memang jodoh di tangan Allah swt tapi aku perlu berusaha mencarinya..Dan kau adalah lelaki yang telah mencuri hatiku dan telah membuatkan aku jatuh cinta padamu.

Walaupun dirimu tak kacak,umur dah 30-an dah ada uban,badan kurus seperti orang yang tak ada zat makanan dan rendah kecik,namun hatiku tetap mencintaimu.Kau cinta pandang pertamaku..sedikitpun aku tak pandang pada harta kekayaanmu.kalau kamu merasakan aku jatuh cinta padamu kerana kekayaanmu,kamu silap sangat2 sebab aku bukan jenis camtu kerana pertama kali aku melihatmu,aku sudah jatuh hati padamu..


Jika diriku di beri peluang,aku ingin mengenali mu dengan lebih dekat..tidak kisahla sape dirimu sebelum ni..Kerana aku menerima mu dengan seadanya..jujur dan ikhlas..Boleh kah kau memberi aku peluang?

Wassalam

Tuesday, 30 July 2013

Kenangan di UPM

Assalam....
Rindunya aku kat UPM serdang...Aku pernah sambung bacelor sains komputer rangkaian pada bulan 7.2010..tapi pada 3.12.2012 tahun ketiga semester lima,aku mengambil keputusan untuk berhenti..Banyak masalah aku sepajang aku berada di UPM..masalah belajar,masalah dengan lacturer,masalah kawan2,kewangan dan macam2 lagi.Memang tention sangat2 rasa..

Ni masa sambut bzday kwn baikku..
Bila fikir balik,mmg syg sgt2 sebab b'henti belajar sedangkan result aku masih lagi lulus belum failed dan gagal berhenti..Tapi apakan daya aku tak kuat time tu..Banyak sangat kenangan manis dan pahit sepanjang berada di UPM..Paling aku rindu adalah Kolej Canselor(KC)..Rasa bangga sangat jadi warga KC ni..Paling best bila ada aktiviti kolej..heheheheh..
  
 ni masa aktiviti KC..kelakar je tgok...
Apabila tibanya waktu cuti...memang jalan2la jawabnya dengan kawan2..Pergi mines karaoke,shopping,tengok wayang.Tapi paling aku suka karaoke la...May,search,awie,slam dan lagu2 jiwang2 zaman 90-an mmg aku lyn habis r..Yang penting lagu lelaki je..Lagu perempuan,aku memang takleh nyanyi,rasa sumbang sangat2..huhuhu...Selain tu kami pergi shopping kat SOGO,Mild valey,kat Jalan Tar dan KLCC..Tapi aku bukan shopping sangatpun.Sebab aku lagi suka jalan2 je,tengok2 pemandangan..heheheh...




steamboat shah alam,kat bukit ampang,boling dan karoake katmines...hehehehe

kelakar tengok gambar2 ni..huhuhu
Bila tiba study week..mula la keluar dengan kawan2 pergi steamboat,I-city...huhuhu...Mmmg kitaorang suka jalan.Bila ingat semua ni,mmg rasa rindu sangat2lah..Kalau ada aktiviti luar seperti aktiviti UPM dan kolej,mmg kitaorang joinla...macam jadi urusetia anak2 Pagoh,Karnival Kompang kat..berjalan dengan selamat di dataran merdeka,KARISMA dan lain2 lagi...







 














ni masa g kat RTM,kat dataran merdeka..huhuhu


 Mmg aku rindu sangat2 kawan aku dan UPM..Love u all..heheheh 
 
Wassalam

Thursday, 1 March 2012

Rindukah aku?

~Assalammualaikum....~

Tiada apa yang harus aku katakan..cume tiba2 je aku rindukan dia.Sampai bilakah dia akan membenciku.Tiap saat tiap detik aku teringatkan dia.Kenangan lalu tidak dapat aku lupakan.Kenapa aku tidak boleh lupakan kenangan bersama dengannya dulu saat mula2 aku mengenali dirinya.Walaupun dah tiada cinta untuk dia tapi aku memang berharap sangat2 dapat berkawan dengannya seperti dulu.Sekarang dia cam sedang berbahagia dengan seseorang.Mybe awek baru dia kot tapi biarla..aku tumpang bahagia.Aku tak jelespun tapi aku tetap doakan dia bahagia dengan aweknya itu sampai akhir hayat.Entah sampai bila aku harus fikirkan dia sedangkan dia dah benci sangat2 kat aku nie.Nampaknya hati aku dah tertutup untuk mana2 lelaki.Entah sampai bila juga aku harus menyintai Johan Arrif yang ditakdirkan bukan untuk aku.Hanya Tuhan saja yang tahu kan?Redha dan pasrah jela kan?huhuhu..


 ...heehehe...

~Wassalam...~